Saturday, December 4, 2010

jalan-jalan di muzium polis

selepas kami penat membuat ghost hunt, sekarang kita pergi belajar sejarah. Aku pun tak tahu lah dekat KL ada banyak muzuim tetapi kita dapat pergi satu muzium iaitu muzium polis wilayah ke selangor aku pun tak tahu..apa-apa pun kami dapat juga memperingati sejarah..masa dekat sekolah dahulu tak mahu belajar sejarah sekarang baru sedar betapa pentingnya sejarah kat sini banyak artifak-artifak. Dari zaman portugis sehinggalah hari ini. tetapi rugi tak boleh ambil gambar senjata-senjata yang digunakan oleh geng-geng botak chin, bintang tiga dan lain-lain..



inilah kereta yang digunakan tapi kita bangga juga lah sebelum tak sempat tapi kenal jugak apa jenis kereta yang polis ini menaiki..sebenarnya banyak lagi benda-benda yang menarik cuma "adik kat dalam tak boleh ambik gamba" abang polis itu berkata :( namun ambil mana sempat..

 disitu terdapat 3 jenis bilik dia ikut zaman lah senang cerita dari pakaian,senjata,meriam sehinggalah ke lencana (rank)..namun apabila tengah menikmati tempat tersebut..hujan pula sehingga kawan kita ini sempat termenung sekejap..

kita tunggu sampai hujan berhenti. fasiliti disini amatlah mesra pengguna masjid pun ada dekat depan sana jalan kaki pun boleh..Lalu hujan makin reda kami pergi ke low yatt sekejap cari barang.Barang baik punya hahah memandangkan nak christmas banyaklah benda murah..

  memang sejak azali lagi KL ini penuh sesak kami tolak dari KL untuk ke Subang Jaya dalam 7.40 lebih kita tiba di Subang Jaya pukul 9 malam.. kami hendak balik sebab harijadi emaknya..farid kirim salam kat mak aku yer hehehe..
dengan masa terbuang kami didalam kereta pasang lagu, ambil gamba dan bercakap-cakap.. Ada satu pak cik ini bawa kereta kat tol dah pun.. pakai kopiah putih keretanya Saga.. orang di "lane" kiri dan kanan cucuk pakcik itu..dia dengan baik hati bagi lah mat-mat kereta dan minah-minah kereta masuk..lepas bayar tol pak cik itu hilang..dia tekan Saga laju "bro" memang hilang lah tidak apa jiwa muda lah katakan..

akhirnya balik juga dengan selamat. kepada anda yang tidak dapat hadir nanti anda hadir okey?? ngangkung sama-sama pun boleh juga.. hok aloh kawe kecek klate!!

2 comments: