Sunday, December 26, 2010

POOL

Hari itu kami semua pergi le POCKETS petaling jaya bermain pool. Satu meja berharga rm20. Nasib Aryton belanja sebabnya dia yang naik main pool.

begitu asyik dengan permainannya.

ini dia pemain profesional.

gambar ini aku ambil sehari selepas kami bermain pool. Aku saja menembak.Tempatnya di Sunway, Jasmine siapa sangka dalam Sunway ada kedai mamak.

Di Sunway aku melihat kasut-kasut semuanya ada promosi hebat.

ini pula gambar kami makan di SS13. Setelah penat bermain pool pada malam ini.

Ini pula kami di Boomtown, sekali lagi kami makan. Pada malam ini juga kawan aku ingin membuat bisnes.

Ini pula kami di Anggerik, bershisha. Memang penuh perut dengan air. Dari orang tak ramai sampai penuh di situ kami "berlepak" sambil mendengar tentang MLM dan berdiskusi agama,politik dan isu semasa.

Sampai aku tak tahu apa nak buat lama-lama. Lalu masa sudah suntuk kami semua pulang ke rumah.

ini adalah gambar yang aku edit. Motifnya nak buat efek 90an tetapi tidak jadi namun ini hasilnya

Saturday, December 4, 2010

wayang 2 in a row

inilah bulan kelihatan di waktu malam aku dengan pantasnya ambil dlsr sony aku.. my baby "girl" dan shoot..namun pada 03/12/2010 aku bangun dari tidur.. kemudian kawan aku mengajak aku keluar tengok wayang aku pun dengan laju type: free sesgt jom! hahah keluar rumah pukul 10 sebelum itu makan nasi lomak depan umah aku sekejap selepas itu aku pergi naik ktm Subang Jaya nak ke Midvalley sepatutntya 45 minit sudah sampai..aku pun dah lama tidak naik ktm nasib baik kawan aku menasihati aku supaya naik ktm aliran seremban tapi aku dengan "konfident nyer" aku pun naik lah..lama-lama aku fikir "eyh" mana ada ktm aliran aku naik ini pergi midvalley..kemudian lama juga aku tunggu bila dia nak sebut : KL SENTRAL..namun lama aku sedar aku dekat sentul :(

 jam pun sudah pukul 11.42 pg kawan aku pula tempah tiket pada pukul 12.40 harap-haraplah sempat kesian dia dari awal pagi dia datang dia lah buat booking tiket semua adoi kesian :( aku pun agak takut lah mana tahu tak sempat tapi positif juga kan mesti sempat punya!!

dan di sentul aku "duk" belek-belek lah alirannya memang kosong sangat dekat situ haish sejam lebih masa aku pusing ktm sahaja..sampai balik di KL SENTRAL pukul 12.15 adoi takut juga tak sempat tengok wayang!! namun sabar "jerlah" aku sms dan telefon kepada kawan aku ini berkali-kali takut silap lagi jam sudah pukul 12.35..tiba di midvalley aku lari-lari dan kemudian telefon lagi (maklumlah tak keluar rumah) memang tak tahu lah baskin robin dekat mana hahaha
kemudian sampai kami pun masuk lah ke GSC tersebut kami melihatnya dalam 3D dengan kaca matanya agak selesa tidak seperti di TGV macam kasar sikit..apa-apa pun aku amat lapar aku keluar beli bertih jagung dan combo(hahaha) kemudian kami pun melihatnya..cerita amat bagus sebabnya dalam 3D dan ada karektor tambahan pada mulanya ia agak lembab namun akhir cerita dia banyak berjasa.. aku bukan fan narnia tapi memang magika lah grafiknya overall terbaik..!!!


jam sudah menunjukan pukul 2.44 ptg..Memang kene cepat lah nak tengok wayang lagi satu hahah maraton "kot" pegi "pit stop" (tandas) selepas itu masuk semula memang seronok menghilangkan bosan dirumah hahah.. PERINGATAN bawa lah baju sejuk anda supaya tidak lah mengigil macam aku hahah mula-mula sebelum cerita bermula sound di GSC agak teruk juga macam bercakap dalam air..namun diawal cerita dengar sedikit juga tetapi lama hilang.. sebelum anda melihat cerita ini lihat sebelum ceritanya baru anda faham..Part1 ini cerita banyak pasal pengorbanan kawan,keluraga dan diri..kisah silam itu memang tidak boleh dilupakan..Harry hendak mencari dua benda dalam cerita ini..apa-apa tengok lah dulu(don't want to spoil the fun) cerita nya pun ada berkait dengan deathly hallows punya lambang
pasal tiga orang adik-beradik yang meminta sesuatu dari Death (karektor dalam cerita) dengan sambung kan kesemua ketiga item itu sesiapa yang memilikinya akan menjadi kebal!!!


selepas puas tengok wayang kami pun bergambar-gamabar disana banyak anak beruang (bear) dari kecik tapak sehingga besar lori!!!

hahah maaf anda telah pun menjadi model saya!! hihihih inilah dia beruang besar..sudut ini tidak cantik kerana terlalu ramai ambil gambar..yelah meriah sangat!!!


kesian patung ini keseorangan!

ada pula sang zirafah dalam bakul besar ini!!!


inilah gambar yang paling aku suka dan romantik dalam banyak-banyak patung disitu..saiz nya amatlah besar!!! namun jikalau lihat disebelah kanan ada patung gelak-gelak nak enter frame!!hahah jikalau cinta sebaik ini..selagi orang tak alihkan patung ini selagi itu mereka bersama :) love yaaa

jalan-jalan di muzium polis

selepas kami penat membuat ghost hunt, sekarang kita pergi belajar sejarah. Aku pun tak tahu lah dekat KL ada banyak muzuim tetapi kita dapat pergi satu muzium iaitu muzium polis wilayah ke selangor aku pun tak tahu..apa-apa pun kami dapat juga memperingati sejarah..masa dekat sekolah dahulu tak mahu belajar sejarah sekarang baru sedar betapa pentingnya sejarah kat sini banyak artifak-artifak. Dari zaman portugis sehinggalah hari ini. tetapi rugi tak boleh ambil gambar senjata-senjata yang digunakan oleh geng-geng botak chin, bintang tiga dan lain-lain..



inilah kereta yang digunakan tapi kita bangga juga lah sebelum tak sempat tapi kenal jugak apa jenis kereta yang polis ini menaiki..sebenarnya banyak lagi benda-benda yang menarik cuma "adik kat dalam tak boleh ambik gamba" abang polis itu berkata :( namun ambil mana sempat..

 disitu terdapat 3 jenis bilik dia ikut zaman lah senang cerita dari pakaian,senjata,meriam sehinggalah ke lencana (rank)..namun apabila tengah menikmati tempat tersebut..hujan pula sehingga kawan kita ini sempat termenung sekejap..

kita tunggu sampai hujan berhenti. fasiliti disini amatlah mesra pengguna masjid pun ada dekat depan sana jalan kaki pun boleh..Lalu hujan makin reda kami pergi ke low yatt sekejap cari barang.Barang baik punya hahah memandangkan nak christmas banyaklah benda murah..

  memang sejak azali lagi KL ini penuh sesak kami tolak dari KL untuk ke Subang Jaya dalam 7.40 lebih kita tiba di Subang Jaya pukul 9 malam.. kami hendak balik sebab harijadi emaknya..farid kirim salam kat mak aku yer hehehe..
dengan masa terbuang kami didalam kereta pasang lagu, ambil gamba dan bercakap-cakap.. Ada satu pak cik ini bawa kereta kat tol dah pun.. pakai kopiah putih keretanya Saga.. orang di "lane" kiri dan kanan cucuk pakcik itu..dia dengan baik hati bagi lah mat-mat kereta dan minah-minah kereta masuk..lepas bayar tol pak cik itu hilang..dia tekan Saga laju "bro" memang hilang lah tidak apa jiwa muda lah katakan..

akhirnya balik juga dengan selamat. kepada anda yang tidak dapat hadir nanti anda hadir okey?? ngangkung sama-sama pun boleh juga.. hok aloh kawe kecek klate!!

Friday, December 3, 2010

jalan cari makan :)

salam buat semua pada 3/12/2010 aku dan kawan menaiki viva edy. seperti biasa kami makan di kedai di sunway apa nama tu aku lupa lah..... bidara.. selepas itu edy rakan mengajak kami ghost hunt pada mulanya biasalah kan tapi ada lak kawan tuh haish bukan apa terasa seram namun dia pegi jugak kami pergi empat rumah. trip kami di shah alam,bukit something lupa dekat gan tugu negara entah lah ni first time jugak ikut diaorang tapi yelah menimba pengalaman kan??

ni kat depan tapi kami semua tak boleh masuk sebab dah kunci kang panjat masuk lokap menceroboh rumah orangkan?
nilah depan tetapi kat tepi kiri kami tangkap tapi ada masalah teknikal tapi inilah hasilnya namun perjalanan kami diteruskan dengan seorang rakan kami tidak sihat dari minggu lepas namun alhamdullilah semua selamat sepanjang perjalanan kami :)..perjalanan kami diterus kan ke KL aku lupa lah mana edy bawak kita semua(maklumlah saya belum ada P) ahahah...tapi kami dah tiba cuma kami tidak boleh masuk ada anjing bukan seekor dua tapi berekor-ekor (sekumpulan) agak aggresif juga sebab mengejar kami didalam kereta..namun edy teringat lagi satu tempat di zoo negara dia atas sana mempunyai satu rumah..
 ini dia rumah ketiga.. tapi didalam gambar kami tidak boleh memasuki tempat ini sebabnya zink rumah ni patah ataupun edy kata mungkin ada orang sengaja patahkan supaya orang tak buat keje pelik lagi-lagi NGANKUNG hahah..



ini lah rupa rumah tersebut.. atas bukit macam kat kawasan berbukit..rumah ini unik sebab tempat letak keretanya di atas dan rumahnya dibawah seperti gambar diatas..seram itu amatlah terasa sebab gelap kan. dekat dengan zoo lagi..


 ini lah sudut penglihatan dari tepi...

ini lah kumpulam yang pergi ke tempat ini dan terima kasih kepada tembok depan rumah boleh kami bergambar..

 stoned hahah sebab dah malam kan mengantuk hahah..akhirnya kami balik dengan selamat terima kasih kepada semua farid,edy,ardika dan appl..kepada aton sian yer balik johor haha