Saturday, December 4, 2010

wayang 2 in a row

inilah bulan kelihatan di waktu malam aku dengan pantasnya ambil dlsr sony aku.. my baby "girl" dan shoot..namun pada 03/12/2010 aku bangun dari tidur.. kemudian kawan aku mengajak aku keluar tengok wayang aku pun dengan laju type: free sesgt jom! hahah keluar rumah pukul 10 sebelum itu makan nasi lomak depan umah aku sekejap selepas itu aku pergi naik ktm Subang Jaya nak ke Midvalley sepatutntya 45 minit sudah sampai..aku pun dah lama tidak naik ktm nasib baik kawan aku menasihati aku supaya naik ktm aliran seremban tapi aku dengan "konfident nyer" aku pun naik lah..lama-lama aku fikir "eyh" mana ada ktm aliran aku naik ini pergi midvalley..kemudian lama juga aku tunggu bila dia nak sebut : KL SENTRAL..namun lama aku sedar aku dekat sentul :(

 jam pun sudah pukul 11.42 pg kawan aku pula tempah tiket pada pukul 12.40 harap-haraplah sempat kesian dia dari awal pagi dia datang dia lah buat booking tiket semua adoi kesian :( aku pun agak takut lah mana tahu tak sempat tapi positif juga kan mesti sempat punya!!

dan di sentul aku "duk" belek-belek lah alirannya memang kosong sangat dekat situ haish sejam lebih masa aku pusing ktm sahaja..sampai balik di KL SENTRAL pukul 12.15 adoi takut juga tak sempat tengok wayang!! namun sabar "jerlah" aku sms dan telefon kepada kawan aku ini berkali-kali takut silap lagi jam sudah pukul 12.35..tiba di midvalley aku lari-lari dan kemudian telefon lagi (maklumlah tak keluar rumah) memang tak tahu lah baskin robin dekat mana hahaha
kemudian sampai kami pun masuk lah ke GSC tersebut kami melihatnya dalam 3D dengan kaca matanya agak selesa tidak seperti di TGV macam kasar sikit..apa-apa pun aku amat lapar aku keluar beli bertih jagung dan combo(hahaha) kemudian kami pun melihatnya..cerita amat bagus sebabnya dalam 3D dan ada karektor tambahan pada mulanya ia agak lembab namun akhir cerita dia banyak berjasa.. aku bukan fan narnia tapi memang magika lah grafiknya overall terbaik..!!!


jam sudah menunjukan pukul 2.44 ptg..Memang kene cepat lah nak tengok wayang lagi satu hahah maraton "kot" pegi "pit stop" (tandas) selepas itu masuk semula memang seronok menghilangkan bosan dirumah hahah.. PERINGATAN bawa lah baju sejuk anda supaya tidak lah mengigil macam aku hahah mula-mula sebelum cerita bermula sound di GSC agak teruk juga macam bercakap dalam air..namun diawal cerita dengar sedikit juga tetapi lama hilang.. sebelum anda melihat cerita ini lihat sebelum ceritanya baru anda faham..Part1 ini cerita banyak pasal pengorbanan kawan,keluraga dan diri..kisah silam itu memang tidak boleh dilupakan..Harry hendak mencari dua benda dalam cerita ini..apa-apa tengok lah dulu(don't want to spoil the fun) cerita nya pun ada berkait dengan deathly hallows punya lambang
pasal tiga orang adik-beradik yang meminta sesuatu dari Death (karektor dalam cerita) dengan sambung kan kesemua ketiga item itu sesiapa yang memilikinya akan menjadi kebal!!!


selepas puas tengok wayang kami pun bergambar-gamabar disana banyak anak beruang (bear) dari kecik tapak sehingga besar lori!!!

hahah maaf anda telah pun menjadi model saya!! hihihih inilah dia beruang besar..sudut ini tidak cantik kerana terlalu ramai ambil gambar..yelah meriah sangat!!!


kesian patung ini keseorangan!

ada pula sang zirafah dalam bakul besar ini!!!


inilah gambar yang paling aku suka dan romantik dalam banyak-banyak patung disitu..saiz nya amatlah besar!!! namun jikalau lihat disebelah kanan ada patung gelak-gelak nak enter frame!!hahah jikalau cinta sebaik ini..selagi orang tak alihkan patung ini selagi itu mereka bersama :) love yaaa

No comments:

Post a Comment